Salam Ramadhan 1433H

by - 10:40 AM

Alhamdulillah..Esok bermula la 1 Ramadhan yang kita nanti-nantikan. Tiap-tiap tahun pasti akan rasa excited untuk berpuasa, kan? Yeaahhhh

Tahun nie sudah masuk tahun kedua aku berpuasa sebagai isteri dan kali pertama sejak berhijab awal tahun nie..
Apa yang ku harapkan tahun nie, aku ingin memanfaatkan sebaik mungkin.
Mencuba mengamalkan sebanyak yang boleh dengan ilmu-ilmu agama.

Zaman sekarang sangat mudah. Handphone dan gadget-gadget boleh digunakan sebagai medium menuntut ilmu. Contohnya: ada applikasi tafsir al-quran dengan maksudnya, waktu solat untuk seluruh dunia dan banyak lagi..

Aku akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan tuntutan semampu yang boleh.. Insyallah

Kepada semua sahabat-sahabat blogger, ku susun sepuluh jari memohon maaf atas segala kasar bahasa ketika menulis blog nie atau ader yang terasa selama ini.. Semoga ramadhan tahun ini memberi sejuta sinar dan kita semua dirahmati ALLAH swt.

NOTE:
Malam ni lepas kerja mau pulang ke Ipoh. 
Yahooo..oppss xsyiok sangat coz bila puasa xleh nak makan sakan kat sana.





You May Also Like

0 comments