Pengsan..Ambulance...Admitted...Nak lari dari hospital .....

by - 10:45 PM

Hahahaha..bila baca tajuk mesti lawak kan..
Takde la lawak maner pun tapi memang betul-betul kejadian..
Aku pengsan di office.Tak ingat bila tapi sebelum my Birthday..

Kisah nya, lepas aku kena Viral Fever..
Ape Viral Fever ? ok leh baca entry Kena-viral-fever-pulak.
Lepas 2 hari MC,aku masuk office dan mula la detik-detik gemilang itu.
Office dah dekat sebulan tak berfungsi, harap kipas je..So selera makan pun kureng la
Breakfast tak makan, dan lunch pun tak selera..

Nak dijadikan cerita, balik je dari lunch, buat kerja turun naik tangga berkali kali
sampai je dekat tempat duduk terus aku gelap mata dan pengsan..

Im not sure apa yang terjadi lepas tue tapi aku sedar-sedar ayam aku dah berada dalam
A.M.B.U.L.A.N.C.E
Ne No Ne No Ne No
Then bila sampai dekat Hospital (Sentosa KPJ Hospital), sedar - sedar doctor
bawak pergi scan kepala..
Waaaa...memang first time masuk dalam bilik X-Ray. Nak X-Ray kepala katanya..
Huhuhu macam serius je bunyi, hati mula dup dap dup dap..
My Dearie sibuk urusan pasal registration lagi.

After dah scan, aku dibawa jumpa doctor naik wheel chair pulak.
Best jugak ader orang tolak kan..hihihi
After soal siasat, there is nothing serius about it la..Maybe sebab Viral Fever dah ok lagi
then office pulak buat hal aircond rosak, tak makan the whole day and naik turun tangga
macam super hero tue yang membuatkan aku pengsan..
Dah kena la admitted. Tapi, memang aku bosan duduk hospital nie.
Dah la takde tv. Sunyi je kena lak dapat katil bunyi macam nak runtuh.
Nak tidur pun tak senang coz bila tukar posisi je mesti bunyi. Taknak la ganggu jiran sebelah menyebelah.

My Dearie setia menunggu sampai malam, My family datang kejap and my bro in law pun ader datang.
Kebetulan dia ader kat KL. Tapi malu la bila orang nak datang melawat.

Bila malam, nak la suruh my Dearie teman tapi tak dibenarkan coz tue ward perempuan.
Huhuhuhuhu nak jugak dia teman tidurrrrrrr....
Ape kan daya memang my Dearie kena balik rumah la..Lagipun esok nya nak kena bawak baju 
nak mandi pastu kena jumpa doctor and ader a few check up.Memang BOSAN..

So the next day, my Dearie pagi-pagi dah sampai. 
Dapat mandi dan segarkan badan coz semalam memang tak mandi, terus tido.
So after, nurse datang ambik sample darah dan air kencing, tunggu lak nak buat body scanning.
Lama betul,sampai rasa macam nak blah je dari hospital.
Nak check ut pun lama. Lagipun ader problem ngan insurance lagi..
Isshkkk nak marah nie, bayar insurance mahal-mahal tapi service lembab..
Ape lagi merengek la aku dengan My Dearie nak ajak balik..After beberapa jam menunggu, aku 
pun boleh la kluar dengan bill RM 15++.00..

Perghhhhhh, tidue semalam and doctor datang sekali je, scan 2 kali dah dapat bill mahal begitu.
Ishkkkk..nasib ader insurance.Kalau tidak memang parah la...

Tapi sekarang alhamdulillah dah sihat..
Bila difikirkan balik, memang penting ada insurance nie.. Klau ape-ape jadi, sekurang kurangnya
insurance boleh support kita.

NOTE:
Thanks to my colleague yang membantu masa hari kejadian.
Dan peluk cium buat My Dearie yang rela menunggu dan melayan kerenah pesakit nie.
I really appreciated Cayang..


Hope nie lah kali terakhir naik ambulan.. haahahaha
Ne No Ne No Ne No




You May Also Like

0 comments