Dairi Ramadhan 2011 : Mee Goreng Mamak

by - 12:36 PM

Tada!!!!..... My Mee Goreng Mamak menjadi..
Rasa boleh tahan mamak la jugak..

Dah lama nak buat dari last week lagi tp semalam je yang tecapai.
Went to Pasar malam untuk beli bahan-bahan nyer..

Resipi me ambik dari satu website..Bahan-Bahan nyer senang je. So leh la view dibawah

Mee Goreng Mamak
Bawang kecil dan bawang putih ditumbuk lumat
Mee Kuning
Serbuk kari
Sos Tiram
Sos Cili
Sos Tomato @ Tomato Puree
Kicap
Cili Boh
Ayam @ udang (ikut suka)
Tauge
Sawi
Tomato (dipotong kecil)
Telur hancur
Tauhu Goreng (dipotong kecil)
Cucur Udang (dipotong kecil)
Cili Hijau
Bawang besar (dadu)
Garam

Cara membuatnya:
- Tumis bawang merah n bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan cili boh. Goreng hingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap. Goreng seketika. Masukkan garam secukup rasa.
- Kemudian masukkan ayam atau udang tadi. Biar seketika. Baru masukkan sawi dan tomato.
-  Bila sawi sudah layu, masukkan telur hancur, tauhu goreng, cucur udang cili hijau.
- Akhir sekali, masukkan mee kuning. Biar masak seketika dan masukkan bawang besar yang didadu tadi dan tauge.
- Biar masak hingga 5 minit dan boleh dihidangkan.

Note:
- sukatan ikut selera masing-masing tapi rempah kari harus lebih.
- Mee Mamak harus ader cucur dan tauhu goreng. Klau malas nak buat sendiri, beli je dekat pasar malam cucur udang tue.

TRY IT OK !!!!

You May Also Like

0 comments