Rahmat dari NYA

by - 10:53 PM

DiRahmatiNYA-
Dengan keluarga yang dilimpahi dengan kasih sayang-Alhamdulillah
DiRahmatiNYA-
Aku masih diberi peluang bernafas dimuka bumi ini ( 32 tahun )-Alhamdulillah
DiRahmatiNYA-
Aku telah bertemu dengan AkadNYA-Alhamdulillah
DiRahmatiNYA-
Aku telah diberi tugasan olehNYA untuk menjaga Anugerah dariNYA-Alhamdulillah
DiRahmatiNYA-
Diberi peluang untuk mengejar impian hidupnya di perantauan walaupun dugaan melanda 
DiRahmatiNYA-
Diberi akal dan fikiran untuk berfikir sejenak-Alhamdulillah
DiRahmatiNYA-
Dikelilingi sahabat2 yang mengajarnya erti kehidupan-Alhamdulillah
DiRahmatiNYA-
Bertambah ilmuNYA dan rezeki kurniaanNYA kepada ku-Alhamdulillah
DiRahmatiNYA-
Dengan dugaan yang tak terhingga kerana dugaanNYA adalah satu kemewahan kehidupan bagi ku kerana aku diperhatikan olehNYA walaupun pada satu ketika aku terlupa akanNYA-Nauzubillah
Dengan NOTA ini kita perlu yakin bahawa Allah Taala begitu sayang pada kita semua...RahmatNYA begitu banyak pada kita semua secara individu dan bila digabungkan iaNYA begitu besar dan hadir dalam masa yang singkat. Bila masalah kecil hadir jangan lupa RahmatNYA yang besar dah kita terima. Yang lebih baik sentiasa menanti dihadapan INSYALLAH adalah bukti bila masalah datang silih berganti. Jangan sekali kita merajuk denganNYA. Ingatlah bila kita mengharungi satu kepayahan bahawa Allah sentiasa di samping umpama nafas yang kita sedut dan hembus di situlah HU' Allah.....Allah di jantung dan di hati kita.....sebab itu kita sentiasa bernafas, berperasaan..........jadi sentiasa cari ilmuNYA dan buat keputusan keranaNYA.


Yang Masih Bernafas
Afey

You May Also Like

1 comments