TATU PDRM @ Stadium Merdeka

by - 12:17 PM

That is my first time tengok Persembahan TATU PDRM walaupun me anak polis tapi xpernah ada keinginan nak pergi but this time pergi coz my lil Bro EG join 1 of the shows. So Bersemangat nak bg semangat dekat dia walaupun bukan tournament kan..Tapi kami memang suka mengamatkan keadaan if 1 of our family member join ape2 skali pun.. 
So dari office kluar terus ke rumah Mak,but dalam perjalanan dapat sms...


 Mak: Ja, yang pergi hari nie kena pakai uniform..

Ehhhh ehhhh !!! baru je tengahari tadi baca news from BERNAMA kata hari nie untuk Pegawai dan juga ahli keluarga PDRM. So Apekehe nya yobb?? Me dengan fantas membawa kereta meredah puluhan kereta menuju ke rumah Mak. Sampai je rumah tengok diaorg duk layan tv Majlis perkahwinan William & Kate. Me dengan tegas nya bersuara 

Me: Ape pulak xboleh, dalam paper kluar boleh datang dengan family members ape?
Mak: EG called tadi kata yang datang semua pakai uniform.
Me: Alah xdenya,bape kerat sangat anggota nak datang. Gi bersiap,klau xboleh kita bako je stadium tue nanti.

So that time maksue pun dah ader,jadi bergegas mereka bersiap. Dengan Aqil terkedek2 nak mandi. Ivy baru nak kemas buku2 and mak baru nak iron tudung n bersiap2. 

Me: Kata paksu nak join?
Maksue: Tue la,jap nak call. Naik satu kereta and jemput paksu kat Lebuh Ampang je la.
Me: Ok je... But xtahu jalan ke sana? Yang menghala ke Jalan TAR tue kan?
Maksu: yes. Ayah kan tahu jalan.
Ayah: Kat maner tue? Lalu Kampung baru pun boleh kan?
Maksue: Jauh kot, Jammed.
Ayah: Ampang lagi jammed. Fey x ikut ke?
Me: Tak dia keje balik lewat, takut xsempat.
Mak: Nanti kalau xboleh masuk stadium, kita ronda2 la.
Me: Cepat siap, nnt lambat nak isi minyak lagi nie.

So seperti itik pulang petang lah kami sekeluarga kluar rumah..that time dah pukul 7, show start pukul 8.30malam. Me drive first sampai Carltex coz My Dearie dah bgth if not confident dengan jalan isi minyak dulu. Minyak Tinggal 2bars je about 147km lagi tapi untuk keselamatan. Tahu-tahu la jalan di ibukota memang sokmo je jammed. 
So after isi minyak, ayah take turn drive our car. First time so kekok nak bawak keta hand break jadi Leg Break and gear dekat dashboard sikit. Suspend gak nak bg ayah bawak tapi boleh je..

Ayah: Macam kereta mewah je ader break macam nie.

So, ayah drive ke lembuh ampang melalui jalan Kampung Baru. Jalan memang xjammed la coz kampung baru waktu2 macam nie tak banyak keta lagi. Kalau malam siap la.Maner tak nye, oarang ramai dah makan kat kawasan tue. Kedai makanan memenuhi setiap inchi Kampung Baru tue. So Kami sampai lebuh ampang sekejap je and jemput paksu. Mrnuju ke stadium la yang jammed. lama jugak la coz that time orang sibuk nak balik kan. Tapi Alhamdulillah sampai jugak dan nampak ramai oarang berpusu pusu masuk stadium.

Me: Hah!! tue kan ramai orang. Maner boleh buat anggota je. Baik xyah buat.
 Xde special pun.

So bab yang tak best bila ke tempat macam nie ye lah parking. Tapi nasib ader parking kira berdekatan la tapi masyallah. menjunam ke bawah parking nya.Dah le berlopak2 and gelap. Bergoyang goyang dalam kereta macam naik kuda.

Maksue: Awak silap beli kereta Ja, patut beli 4 Wheel Drive. 
Me: Ahak, gamak makan roti je la kami klau beli tue. Hahhaha

Lepas je parking, kami pun gerak ke stadium tapi stop tepi2 jalan coz nak beli dinner. Ramai orang mengerumun stall2 tepi jalan tue..Me beli Air mineral and Paksu beli burger. That time orang dah ramai masuk stadium untuk dapatkan seat yang terbaik. So coz rasa lama sangat menunggu paksu, we decided untuk masuk dulu. EG dah called banyak kali suruh duduk dekat Grand Stand so boleh la tengok dengan dekat. But kami tak jumpa Main entrance so mencari2 la tempat...Memang 40% seat dah penuh dengan anggota and their families la. Tapi macam maner tah nampak Pakcik Samad (kira neighbour dekat Berek la). Dia kena jaga event so dia tunjuk jalan ke Grand Stand. So kami pun aper lagi melangkah dengan laju la.. Dapat la duduk dekat area Grand stand. Kira mengadap la kan..Masa nak naik ke tue memang dah nampak anggota2 standby menunggu VIP sampai tapi me tak tahu sapa la. Mata nie macam biasa la mencari-cari maner tahu ader jumpa member2 ke kan. 
So masa menunggu tu punya la lama benorrr.. Kata start 8.30 tapi dah nak dekat pukul 9.00 belum lagi start. Belum sampai la VIP nya. Sambil menunggu, diaorg layan makan burger. Me just minum ayor je.. Kata diet kan so no dinner la.. Lagipun xlapo pun. Cuma memang panas la dekat situ. Alhamdulillah, cuaca ok coz selalu petang mesti hujan sampai malam. Pagi tue dah hujan so semalam cuaca ok. so seronok la sikit nak layan show....
Tunggu punya tunggu akhirnya diumumkan ketibaan VIP itu, Datuk Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri pun sampai Bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan juga penolongnya.
Setibanya Para VIP, dipersembahkan Pancaragam Polis. Yang menariknya, bila dipadamkan lampu sekeliling semua ahli pancaragam bercahaya.Sangat cantik. Sangat menarik.
Pancaragam
Pertunjukkan bunga Api
Psttt: Harap maaf tidak banyak gambar yang dapat diambil kerana my iPhone x charge earlier.

Tak larat nak cite banyak2 coz memang lama giler la... Ape pun i really enjoyed tengok TATU PDRM nie..

You May Also Like

0 comments