Tarian Poco - Poco Diharamkan

Subhanallah....
Pagi tadi ader mendengar berita masa dalam perjalanan ke office mengenai Poco-Poco diharamkan di Negeri Perak kerana ia  sebenaranya salah satu cara keagamaan Kritian. Ketika itu seperti terdetik dihati ini dan bersuara dengan My Dearie. For me, ia tidak seperti Yoga yang juga diharamkan kerana menyerupai aktiviti keagamaan agama Hindu. Yoga adalah satu amalan India purba untuk membantu seseorang bertafakur sejak ribuan tahun lamannya dan ia melibatkan pembacaan beberapa mentera atau zikir.
Tapi bila difikirkan kembali, pergerakkan Poco-Poco yang berbentuk salib. Subhanallah.... Memang BETUL !! Me menyukai Poco - Poco coz pergerakan yang perlahan dan mudah diikuti. Sebenarnya, Poco- Poco ni dah jadi aktiviti wajib setiap kali di Majlis perkahwinan dia di tempat tinggal emak dan every morning kaum ibu-ibu akan berpoco-poco. Even me pernah berpoco poco ketika dimajlis perkahwinan ku.


Fatwa Poco - Poco diharamkan dikeluarkan oleh Mufti Negeri Perak.
Jika benar seperti ape yang diperkatakan, maknanya telah ramai orang-orang kita terutama orang Islam telah terjebak dengan tarian keagamaan ini termasuk AKU !! Ya Allah...KAU ampuni lah dosa-dosaku ini kerana kejahilan diri ini ......
Semoga semua akan sedar dan mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian Poco -Poco yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Yang paling utama, kita memohon keampunan dari Allah diatas kelalaian kita ini .... Wallahualam .....

Post a Comment

0 Comments