Ayam Tandoori

by - 12:29 PM


Lets Try this recipe pulak !!!
AYAM TANDOORI
Bahan-bahan:
Bahan2 perap 1:
1 sudu teh garam
1 sudu teh bawang putih - dicincang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu teh jus lemon

Bahan2 perap 2:
1 sudu teh halia - dicincang/tumbuk
1 sudu teh cuka
4 sudu makan yogurt
1 sudu makan daun ketumbar - dihiris halus
1 sudu makan daun pudina - dihiris halus
1 sudu makan jintan
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/3 sudu teh serbuk buah pelaga
sedikit pewarna merah
4 keping ayam - mana-mana bahagian dan dibuang kulitnya.

CARA:
1. Ayam diperap selama 3 jam dengan bahan perap 1
2. Setelah 3 jam, lumur ayam dengan bahan2 perap 2 semalaman
3. Kemudian ayam tadi di panggang pada suhu 170C selama 60 min
4. Setelah masak bolehlah dihidangkan dan diperah dengan jus lemon kalau suke

You May Also Like

0 comments